selamat datang


Untuk merealisasikan visi kami, kami bertekad dan beriltizam akan mempastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya


blog rasmi skam3

Monday, July 26, 2010

LENCANA SEKOLAH

Lencana Sekolah



lencana sekolah

PENGERTIAN WARNA LENCANA
  1. Biru : Perpaduan rakyat malaysia yang berbilang kaum
  2. Kuning : Warna keagungan yang membawa maksud usaha dan kejayaan
  3. Merah : Melambangkan keberanian para pendidik dan murid-murid dalam menghadapi dunia sekarang yang penuh cabaran dengan tenang dan berpengetahuan.
MAKSUD LOGO
GELUNG
Gelung ini merupakan cakerawala yang membawa maksud dunia globalisasi. Jika dilihat pencapaian akademik sesebuah sekolah adalah menjurus kepada objektif Kementerian Pendidikan untuk melahirkan bijak pandai yang bertaraf antarabangsa.Oleh sebab itu Gelung yang berwarna biru ini bermaksud antarbangsa.Kualiti pendidikan di Negara kita adalah bertaraf antarabangsa. Itu juga adalah matlamat Sekolah ini.
Adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua warga Sekolah ini mencapai maksud tersebut dengan berlandaskan dasar-dasar kerajaan yang telah digubal serta perancangan yang rapi dari pihak pentadbiran sekolah bersama-sama dengan bantuan masyarakat sekitarnya.
CAKERA LIUT
Sistem pengajaran dan pembelajaran masa kini diterapkan dengan penggunaan teknologi masa kini. Cakera liut ini adalah lambing teknologi yang diguna pakai dalam system pembelajaran sekarang yang dapat membangunkan minda pelajar dengan lebih efektif sekaligus dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan mudah.
BERLIAN
Berlian adalah permata yang amat berharga, begitu juga dengan ilmu pengetahuan ianya adalah tidak ternilai harganya.Ilmu boleh diperolehi dari pembelajaran. Berlian menjadi pilihan sebagai objek di dalam lencana ini adalah bermaksud ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran disekolah ini adalah sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Ilmu ini adalah untuk kehidupan generasi yang akan datang.
REBEN
Reben biru ini mengikat semua objek yang terdapat di dalam lencana ini membawa maksud kerjasama yang wujud di kalangan warga sekolah ini akan membawa mereka ke arah kejayaan. Kerja bersama asas kejayaan.
TOPI PENERIMA IJAZAH
Topi ini adalah lambang kejayaan. Peringkat tertinggi didalam proses pembelajaran adalah apabila pelajar menerima ijazah yang menandakan kejayaan beliau di dalam pendidikan yang selama ini diimpikan oleh semua individu.
KOMPUTER
Kompuer adalah alat teknologi masa kini yang dapat membantu pelajar membangunkan minda mereka. Juga menjadi harapan sekolah ini semua murid yang belajar di sekolah ini akan menjadi pelajar yang celik IT. Dengan menjadikan penidikan IT di peringkat rendah ini sebagai permulaan untuk kesinambungan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
BUKU
Buku adalah merupakan gedung ilmu yang perlu diterokai oleh setiap manusia di dunia ini. Symbol ‘buku’ ini mewakili bidang akademik di sekolah ini yang sentiasa diharapkan mencapai kejayaan
TIGA GELUNG
Tiga gelung ini adalah melambangkan semangat kesukanan yang ada di dalam diri semua murid sekolah ini. Adalah menjadi harapan sekolah agar bidang sukan ini dapat membentuk kecergasan dan kesihatan diri para pelajar. Symbol ini juga merupakan symbol perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu , Cina dan juga India. Hidup di dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu membentuk rakyat yang taat setia kepada Negara.
MENTOL
Simbol ‘mentol’ adalah membawa maksud minda yang intelek. Murid-murid sekolah ini diharapkan akan mempunyai fikiran yang terbuka serta positif didalam semua perkara. Sentiasa malahirkan idea-idea yang baik dan bernas. Begitu juga denagn para pendidik di sekolah in yang sentiasa berfikiran positif dan kreatif dalam mendidik murid-murid menjadi insane yang berguna.
ANAK KUNCI
Anak kunci dipilih sebagai symbol ‘usaha’. Semua kejayaan yang dicapai tidak dating bergolek. Semua perancangan yang dibuat tidak akan tercapai juga jika tiada usaha. Anak kunci adalah lambing titik tolak sesuatu kejayaan yang bermula dengan usaha. Semangat ini datang dari dalam diri murid-murid sendiri. Para pendidik di sekolah ini adalah pemupuk dan pendorong kea rah semangat yang akan tercipta di dalam diri murid-murid di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment