selamat datang


Untuk merealisasikan visi kami, kami bertekad dan beriltizam akan mempastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya


blog rasmi skam3

Wednesday, July 20, 2011

Utusan Malaysia Online - Kota

Utusan Malaysia Online - Kota

Zakat untuk 8,880 pelajar


Ismail Sabri Yaakob (tengah) menyerahkan cek replika zakat Bank Rakyat kepada Mahmud Karim (kanan) sambil diperhatikan oleh Kamaruzaman Che Mat di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 14 Julai - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM888,000 kepada golongan asnaf yang layak di negeri ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, zakat berkenaan diagihkan kepada 8,880 pelajar sekolah di sekitar Selangor.
"Sebanyak 174 sekolah terlibat dalam pengagihan ini dengan 145 daripadanya merupakan sekolah rendah manakala 29 lagi sekolah menengah," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Zakat Perdana Wilayah Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim.
Ismail Sabri berkata, pemberian zakat itu diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan anak-anak di samping meningkatkan motivasi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Ia juga dapat mendekatkan badan korporat dengan masyarakat bagi mewujudkan komuniti prihatin dan penyayang," katanya.
Dalam pada itu, Kamaruzaman memberitahu, pihaknya mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.72 bilion dalam pencapaian prestasi kewangan bank tahun lalu.
"Bagi tahun ini pula, Bank Rakyat terus mengekalkan kecemerlangan dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat pada suku pertama 2011 sebanyak RM444.5 juta iaitu peningkatan RM37.2 juta atau 9.1 peratus berbanding suku pertama tahun lalu," katanya.