Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah
kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang
memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah
penyembuhan". Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh,
berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak
mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga
akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum,
terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan, pendidikan dan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas. Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi
banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki
imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia
mendorong semangat penunggang.