selamat datang


Untuk merealisasikan visi kami, kami bertekad dan beriltizam akan mempastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya


blog rasmi skam3

Friday, March 9, 2012

GURU BESAR BARU SKAM (3)

Warga SK ALam Megah (3) mengalu-alikan kedatangan En ABD Aziz bin Haji MD Ali sebagai Guru Besar
bagi menerajui kepimpinan sekolah. Di harapkan dengan kehadiran beliau SK Alam Megah (3) akan meneruskan kecemerlangan dan memperolehi lebih banyak kejayaan dimasa hadapan.

Tuesday, March 6, 2012

KEKOSONGAN GURU GANTI SK ALAM MEGAH (3)


 PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI GURU GANTI
MENGGANTIKAN GURU YANG CUTI BERSALIN SELAMA 3 (BULAN)
BOLEH MENELEFON PEJABAT SK ALAM MEGAH (3) UNTUK MENDAPATKAN 
MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN 03-51915090

KELAYAKAN :- i) SPM (SEKURANG-KURANGNYA  KEPUJIAN 4 
                               MATAPELAJARAN)
                               TERMASUK    BAHASA MELAYU
                           ii) DIPLOMA
                           iii) IJAZAH

PESANAN PUAN HAJAH ZAINI BT BABA

Pesanan Puan Hajah Zaini bt. Baba

" Assalammualaikum W.b.t,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua guru, kakitangan dan juga semua ibubapa atas segala kerjasama yang telah diberikan kepada saya sepanjang perkhidmatan saya di SKAM (3).
  Saya mendoakan SKAM (3) akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di bawah pentadbiran baru."

Saturday, February 25, 2012

TERAPI MURID PPKI SK ALAM MEGAH (3) : AKAN DATANG...TERAPI BERKUDA

Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan". Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan, pendidikan dan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas. Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.