selamat datang


Untuk merealisasikan visi kami, kami bertekad dan beriltizam akan mempastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya


blog rasmi skam3

Thursday, August 26, 2010

SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE ASRAMA PENUH

Permohonan murid ke SBP/Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem permohonan atas talian melalui laman webKPM  http://www.moe.gov.my, akan mula dibuka pada 1September2010 hingga 15oktober 2010

TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Adalah dimaklumkan  satu taklimat berkaitan permohonan kemasukan murid ke asrama penuh SBP Akan diadakan pada 26/8/2010 bertempat di dewan tertutup skam3

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

KELEBIHAN BULAN RAMADAN

    Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

    Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

    (Surah Al-Baqarah: 185)

    Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

    Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

    (Hadis riwayat Muslim)

    Sabda Baginda lagi:

    Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

    (Shahih Ibnu Khuzaimah)
    Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
    Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

    (Surah Az-Zumar: 10)

Friday, August 6, 2010

SESI SEKOLAH GANTI UNTUK CUTU DEEPAVALI

SESI SEKOLAH GANTIAN AKAN DIJALANKAN PADA HARI ESOK(SABTU/07/08/2010

    UNTUK MAKLUMAN PARA IBUBAPA DAN PENJAGA BAGI MURID-MURID SKAM3
SATU SESI PERSEKOLAHAN AKAN DIJALAN KAN PADA HARI ESOK UNTUK MENGGANTIKAN CUTI BAGI PERAYAAN DEEPAVALI.

Wednesday, August 4, 2010

Projek Poster Sempena Bulan Kemerdekaan

Pelajar tahun 6 SKAM 3 bersama bimbingan berberapa guru telah bersatu tenaga untuk menghasilkan poster sempena bulan kemerdekaan bertemakan Satu "Malaysia Menjana Transformasi".Ini adalah menunjukkan generasi SKAM 3 tidak ketinggalan untu sama-sama menghayati erti kemerdekaan negara. Diharapkan semanagat patrotisme ini tidak akan pudar dalam diri generasi muda.







PERKHEMAHAN PENGAKAP

Pada 31 julai lepas beberapa pelajar Sk Alam Megah 3 telah menyertai perkhemahan Pengakap peringkat Daerah di SJKC Serdang Baru (2) Seri kembangan.
Seramai 17 Orang pelajar diiringi 4orang guru telah berjaya menghadiri dan menjayakan perkhemahan tersebut.



Objektif penyertaan adalah untuk menjalani ujian lencana,aktiviti berbasikal dan bagi mendapatkan Lencana Keris Gangsa.

Monday, August 2, 2010

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE KLIA DAN LITAR F1 SEPANG

 Pada minggu lepas (29 julai) satu lawatan telah diadakan oleh Bahagian Pendidikan khasSkam3.



Lawatan telah disertai oleh Guru-guru Pendidikan khas Skam3 bersama pelajar-pelajar pendidikan khas..

 Lawatqan bermula pada pukul 8.00 pagi denganmenaiki 2 buah bas yang disewa khas. Bermula dengan lawatan ke klia dan diikuti lawatan ke Sepang International Circuit. 
Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan dan susana yang baru kepada para pelajar Pendidikan kahas.
 Pelbagai aktiviti telaj dijalankan dengan jayanya sepanjan tempoh lawatan.