selamat datang


Untuk merealisasikan visi kami, kami bertekad dan beriltizam akan mempastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya


blog rasmi skam3

Monday, September 27, 2010

Panggilan Mesyuarat PIBG kali ke-4 SKAM 3

Panggilan Mesyuarat PIBG kali ke-4

Terlibat: Semua AJK PIBG kalangan Ibubapa & Guru sessi 2010/11 yang telah dilantik
Tarikh: 25 September 2010
Hari : Sabtu
Masa: 8:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKAM(3)

MAJLIS AMAL KECEMERLANGAN DAN KESENIAN (MAKEK)

MAJLIS AMAL KECEMERLANGAN DAN KESENIAN (MAKEK)



Tarikh : 13 November 2010
 Hari   : Sabtu
 Masa : 8.00  -  11.00 malam
 Tempat : Dewan MBSA SHAH ALAM SEKSYEN 28

OBJEKTIF PROGRAM /SUMBANGAN
     -Meratakan gelanggang badminton dan memasang bumbung untuk tujuan dewan tertutup
     -Menyediakan tempat menunggu yang selesa untuk murid-murid
     -Menaiktaraf pusat sumber sekolah

 Sumbangan dan sokongan dari pihak ibubapa amatlah di alu-alukan

Thursday, August 26, 2010

SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN KE ASRAMA PENUH

Permohonan murid ke SBP/Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem permohonan atas talian melalui laman webKPM  http://www.moe.gov.my, akan mula dibuka pada 1September2010 hingga 15oktober 2010

TAKLIMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Adalah dimaklumkan  satu taklimat berkaitan permohonan kemasukan murid ke asrama penuh SBP Akan diadakan pada 26/8/2010 bertempat di dewan tertutup skam3

Friday, August 13, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

KELEBIHAN BULAN RAMADAN

    Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

    Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

    (Surah Al-Baqarah: 185)

    Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

    Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

    (Hadis riwayat Muslim)

    Sabda Baginda lagi:

    Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

    (Shahih Ibnu Khuzaimah)
    Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
    Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

    (Surah Az-Zumar: 10)

Friday, August 6, 2010

SESI SEKOLAH GANTI UNTUK CUTU DEEPAVALI

SESI SEKOLAH GANTIAN AKAN DIJALANKAN PADA HARI ESOK(SABTU/07/08/2010

    UNTUK MAKLUMAN PARA IBUBAPA DAN PENJAGA BAGI MURID-MURID SKAM3
SATU SESI PERSEKOLAHAN AKAN DIJALAN KAN PADA HARI ESOK UNTUK MENGGANTIKAN CUTI BAGI PERAYAAN DEEPAVALI.

Wednesday, August 4, 2010

Projek Poster Sempena Bulan Kemerdekaan

Pelajar tahun 6 SKAM 3 bersama bimbingan berberapa guru telah bersatu tenaga untuk menghasilkan poster sempena bulan kemerdekaan bertemakan Satu "Malaysia Menjana Transformasi".Ini adalah menunjukkan generasi SKAM 3 tidak ketinggalan untu sama-sama menghayati erti kemerdekaan negara. Diharapkan semanagat patrotisme ini tidak akan pudar dalam diri generasi muda.







PERKHEMAHAN PENGAKAP

Pada 31 julai lepas beberapa pelajar Sk Alam Megah 3 telah menyertai perkhemahan Pengakap peringkat Daerah di SJKC Serdang Baru (2) Seri kembangan.
Seramai 17 Orang pelajar diiringi 4orang guru telah berjaya menghadiri dan menjayakan perkhemahan tersebut.



Objektif penyertaan adalah untuk menjalani ujian lencana,aktiviti berbasikal dan bagi mendapatkan Lencana Keris Gangsa.

Monday, August 2, 2010

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS KE KLIA DAN LITAR F1 SEPANG

 Pada minggu lepas (29 julai) satu lawatan telah diadakan oleh Bahagian Pendidikan khasSkam3.



Lawatan telah disertai oleh Guru-guru Pendidikan khas Skam3 bersama pelajar-pelajar pendidikan khas..

 Lawatqan bermula pada pukul 8.00 pagi denganmenaiki 2 buah bas yang disewa khas. Bermula dengan lawatan ke klia dan diikuti lawatan ke Sepang International Circuit. 
Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan dan susana yang baru kepada para pelajar Pendidikan kahas.
 Pelbagai aktiviti telaj dijalankan dengan jayanya sepanjan tempoh lawatan.









Thursday, July 29, 2010

KELAS BAHASA TAMIL (POL)

Skam3 telah mengadakan kelas Bahasa Tamil pada setiap hari Jumaat bermula jam 1.00 pm hingga 3.00pm.

Cuti berganti sempena perayaan Deepavali 2010

Cuti berganti sempena perayaan Depavali 2010

 Perkara di atas adalah dirujuk dari surat siaran kementerian Pelajaran Malaysia no RujukanKP(BPSH-SPDK)201/OO5/02/(31) bertarikh 21 disember 2009.

02.   Berikut dimaklumkan cuti berganti sempena perayaan Deepavali di adakan pada 7.8.2008 (Sabtu) mengikut jadual hari khamis. Semua murid balik pada pukul 1.00 pm  (tahun 1-6)

03.   Untuk makluman ibu bapa dan penjaga aktiviti sekolah bagi bulan Ogos 2010 adalah seperti berikut:

                                         3.21   Ujian 2 untuk (tahun 1-5)  3.8.2010-5.52010
                                                    * Untuk makluman  ibubapa murid tahun 6
                                         3.22   Ujian percubaan UPSR3 bagi murid tahun 6
                                               -18.8.2010    16.8.2010
                                         3.23   Kelas tambahan terakhir pada 31.7.2010
                                         3.24   Tiada lagi kelas tambahan hari sabtu pada bulan Ogos
                                         3.25   Tiada kelas tambahan pada cuti penggal 4.9.2010 - 13.92010
                                         3.26 Solat hajat  UPSR akan diadakan pada 15.09.2010 (Rabu)




Tuesday, July 27, 2010

PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH 2011

PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH 2011 DI SKAM 3


 TARIKH  : 2 OGOS  HINGGA  30 OGOS 2011
 MASA      : 8.00 AM - 1.00 PM
 TEMPAT  : PEJABAT SEKOLAH.


KEPADA IBU BAPA YANG INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN ANAK HENDAKLAH MEMBAWA BORANG PERMOHONAN YANG BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT SEKOLAH BESERTA SIJIL KELAHIRAN ASAL ANAK.

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN SATU 2011 SKAM3

PENGESAHAN PENEMPATAN MURID TAHUN SATU 2011 SKAM3


   TARIKH      : MULAI 2 OGOS HINGGA 30 OGOS 2010
   MASA         : 8.00 AM -  1.00 PM
   TEMPAT     : PEJABAT SEKOLAH

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH SKAM3

Tawaran adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan Kantin sekolah.
Borang tender boleh didapati di pejabat  sk. alam megah 3. Maklumat lanjut sila berurusan di pejabat Sk.Alam megah3.


Monday, July 26, 2010

LENCANA SEKOLAH

Lencana Sekolah



lencana sekolah

PENGERTIAN WARNA LENCANA
  1. Biru : Perpaduan rakyat malaysia yang berbilang kaum
  2. Kuning : Warna keagungan yang membawa maksud usaha dan kejayaan
  3. Merah : Melambangkan keberanian para pendidik dan murid-murid dalam menghadapi dunia sekarang yang penuh cabaran dengan tenang dan berpengetahuan.
MAKSUD LOGO
GELUNG
Gelung ini merupakan cakerawala yang membawa maksud dunia globalisasi. Jika dilihat pencapaian akademik sesebuah sekolah adalah menjurus kepada objektif Kementerian Pendidikan untuk melahirkan bijak pandai yang bertaraf antarabangsa.Oleh sebab itu Gelung yang berwarna biru ini bermaksud antarbangsa.Kualiti pendidikan di Negara kita adalah bertaraf antarabangsa. Itu juga adalah matlamat Sekolah ini.
Adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua warga Sekolah ini mencapai maksud tersebut dengan berlandaskan dasar-dasar kerajaan yang telah digubal serta perancangan yang rapi dari pihak pentadbiran sekolah bersama-sama dengan bantuan masyarakat sekitarnya.
CAKERA LIUT
Sistem pengajaran dan pembelajaran masa kini diterapkan dengan penggunaan teknologi masa kini. Cakera liut ini adalah lambing teknologi yang diguna pakai dalam system pembelajaran sekarang yang dapat membangunkan minda pelajar dengan lebih efektif sekaligus dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan mudah.
BERLIAN
Berlian adalah permata yang amat berharga, begitu juga dengan ilmu pengetahuan ianya adalah tidak ternilai harganya.Ilmu boleh diperolehi dari pembelajaran. Berlian menjadi pilihan sebagai objek di dalam lencana ini adalah bermaksud ilmu yang diperolehi daripada pembelajaran disekolah ini adalah sangat berharga dan tidak boleh dijual beli. Ilmu ini adalah untuk kehidupan generasi yang akan datang.
REBEN
Reben biru ini mengikat semua objek yang terdapat di dalam lencana ini membawa maksud kerjasama yang wujud di kalangan warga sekolah ini akan membawa mereka ke arah kejayaan. Kerja bersama asas kejayaan.
TOPI PENERIMA IJAZAH
Topi ini adalah lambang kejayaan. Peringkat tertinggi didalam proses pembelajaran adalah apabila pelajar menerima ijazah yang menandakan kejayaan beliau di dalam pendidikan yang selama ini diimpikan oleh semua individu.
KOMPUTER
Kompuer adalah alat teknologi masa kini yang dapat membantu pelajar membangunkan minda mereka. Juga menjadi harapan sekolah ini semua murid yang belajar di sekolah ini akan menjadi pelajar yang celik IT. Dengan menjadikan penidikan IT di peringkat rendah ini sebagai permulaan untuk kesinambungan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
BUKU
Buku adalah merupakan gedung ilmu yang perlu diterokai oleh setiap manusia di dunia ini. Symbol ‘buku’ ini mewakili bidang akademik di sekolah ini yang sentiasa diharapkan mencapai kejayaan
TIGA GELUNG
Tiga gelung ini adalah melambangkan semangat kesukanan yang ada di dalam diri semua murid sekolah ini. Adalah menjadi harapan sekolah agar bidang sukan ini dapat membentuk kecergasan dan kesihatan diri para pelajar. Symbol ini juga merupakan symbol perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu , Cina dan juga India. Hidup di dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu membentuk rakyat yang taat setia kepada Negara.
MENTOL
Simbol ‘mentol’ adalah membawa maksud minda yang intelek. Murid-murid sekolah ini diharapkan akan mempunyai fikiran yang terbuka serta positif didalam semua perkara. Sentiasa malahirkan idea-idea yang baik dan bernas. Begitu juga denagn para pendidik di sekolah in yang sentiasa berfikiran positif dan kreatif dalam mendidik murid-murid menjadi insane yang berguna.
ANAK KUNCI
Anak kunci dipilih sebagai symbol ‘usaha’. Semua kejayaan yang dicapai tidak dating bergolek. Semua perancangan yang dibuat tidak akan tercapai juga jika tiada usaha. Anak kunci adalah lambing titik tolak sesuatu kejayaan yang bermula dengan usaha. Semangat ini datang dari dalam diri murid-murid sendiri. Para pendidik di sekolah ini adalah pemupuk dan pendorong kea rah semangat yang akan tercipta di dalam diri murid-murid di sekolah ini.

Maklumat Kelas dan Murid

Maklumat Kelas dan Murid

2007


2008


2009

Kelas KBSR

27

27

27

Kelas Pen. Khas

6

8

8

Kelas Prasekolah

-

2

2

Murid KBSR

958

1024

1024

Murid Pen.Khas

40

40

68

Murid Prasekolah

-

50

50

Guru KBSR

47

47

47

Guru i-Qaf

3

5

5

Guru Pen.Khas

10

12

15

Guru Prasekolah

-

2_

2

Untuk tahun 2010, berdasarkan penyata bulan Disember 2009, kelayakan sekolah seperti berikut:
Tahun

Kelas

Guru

Murid

Kelas

Guru

Murid

Guru

Murid

Guru


KBSR

KBSR

KBSR

Pen.

Pen.

Pen.

Pra

Pra

j-Qaf





Khas

Khas

Khas

Sekolah

Sekolah


2010

27

49

991

8

14

63

2

50

5

Kelas j‑QAF melibatkan murid tahun I hingga tahun 5, 2010.
Kelas POL (Bahasa Ibunda : Tamil ) diaclakan pada setlap Jumaat 12.30 pm ‑ 2.30 pm
Kebersilhan Dan Keselamatan Sekolah:
Diuruskan oleh syarikat swasta yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Selangor
Kantin dan Kedai Buku Sekolah
Dipilih oleh Jawatankuasa Pengurusan Peringkat PPD Petaling. Tempoh beroperasi selama 2 tahun.

Nama Syarikat

Pekerja

Keselamatan Sekolah

D’Hak Sdn. Bhd

Jaga siang : 1



Jaga malam : 2

Kebersihan Sekolah

Camar Tiga Sdn. Bhd

Tukang Kebun : I



Tukang Sapu : 2

PENTADBIRAN SEKOLAH

PENTADBIRAN SEKOLAH SK ALAM MEGAH (3) 2010

pn zaini baba
Guru Besar:
Pn. Zaini Binti Baba
rashid
Pen. Kanan Pentadbiran:
En. Abdul Rashid B. Razali
pn. nafisah
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid:
Pn. Nafisah Binti Ismail
mazani
Pen. Kanan Ko-Kurikulum:
En. Mazani B. Mamat
Pen. Kanan Pend. Khas:  Tiada
Ketua Pembantu Tadbir :
Pn. Siti Hajar Binti Akbar
faridah
Pembantu Tadbir N17:
Pn. Faridah Binti Husin
Pembantu Tadbir N17:
Pn. Siti Sarina Binti Senin
K. Liza
Pembantu Tadbir N17:
Pn. Nor Aliza Binti Alias
azli
Pembantu AM Rendah N1:
En. Azlie B. Leman
faiz
Juruteknik Komputer FT17:
En. Mohammad Faidzrul B. Kassim
Hanuni Hassan
Pembantu Pengurusan Murid N17:
Pn. Hanuni Binti Hassan
Azlina Hassan
Pembantu Pengurusan Murid N17:
Pn. Azlina Binti Mat Hassan
Suraya Mustaffa
Pembantu Pengurusan Murid N17:
Pn. Suraya Binti Mustaffa
Suriani Sidek
Pembantu Pengurusan Murid N17:
Pn. Suraini Binti Sidek
Siti Normusliha
Pembantu Pengurusan Murid N17:
Cik Siti Normusliha Binti Ismail
Nur Suhaila Samad
Pembantu Pengurusan Murid N17:
Cik Nur Suhaila Binti Samad

E-mail Sekolah

Kepada ibu bapa dan penjaga, mahupun guru-guru yang mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan pentadbiran sekolah, hal ko-kurikulum, kurikulum mahupun hal ehwal murid, bolehlah menyalurkannya ke e-mail sekolah.
Anda akan menerima maklum balas dalam masa yang singkat dan soalan-soalan yang bernas akan dipaparkan di dalam website sekolah untuk di kongsi . . . → Read More: bba8261@gmail.com – e-mail Sekolah